Rubayat Omar Khayyam

Mari kita ikuti kisah seorang anak manusia dan kita lupakan usia
dengan keindahan bintang di malam hari
tidur tak mampu memperpanjang usia manusia
berjaga malam juga tidak mengurangi umur manusia sedikit pun
 
Sekeping roti untuk sehari atau dua penghabisan
Setitis air di kendi yang pecah berkeping
Dengan ini, apa perlunya aku tunduk kepada kepala orang lain
Apa sebab aku harus merangkak kepada pegawai bawahan?
 
Lawanku keliru menyebutku ahli falsafah
Tuhan tahu aku bukan yang mereka katakan
kerana terlanjur lahir di tempat yang menyedihkan ini
tak perlu aku tahu siapa aku sebenarnya
 
Oh mata, kau tak buta, lihat liang lahad itu
dan lihat dunia yang penuh kekacauan dan sengsara
raja, kadi dan putera, semua terkubur di dalam tanah
lihat si wajah cantik di rahang-rahang semut
 
Camar cukup bahagia dengan tulang belulang
mengapa harus mencuri dari meja si kaya?
aku telah punya sekeping roti besar
tak perlu menghamba kepada sesiapa pun buat mendapat makanan 

Add comment


Security code
Refresh